Tuesday, June 23, 2009

Keindahan ciptaan tuhan

Galaksi

Galaksi kita sungguh luas tetapi di luar galaksi kita terletak alam semesta yang lebih luas sehinggakan sukar bagi kita membayangkan keluasannya. Di ruang ini terserak berjuta-juta galaksi lain, separuh serupa dengan sistem Bima Sakti dan yang lainnya sungguh berlainan. Sepertimana Matahari adalah adalah hanya satu di antara jutaan bintang biasa, galaksi kita hanya satu daripada ahli keluarga alam semesta yang terdiri daripada jutaan galaksi.



Penemuan Pulau-Pulau Bintang

Enam puluh tahun dahulu pakar astronomi tidak dapat memastikan sama ada galaksi-galaksi di luar galaksi bima sakti wujud.
Apabila teleskop mula-mula digunakan pakar astronomi telah menjumpai banyak tompok-tompok di langit yang kelihatan samar-samar. Tompok-tompok ini dengan mudah dapat dibezakan daripada bintang dan mereka yang kelihatan serupa dan sepadan telah dikelaskan sebagai nebula. kebanyakkan pakar astronomi mempercayai pada masa itu bahawa nebula-nebula itu terletak di kawasan Bima Sakti.

Dengan pembaikan teleskop data yang lebih terperinci telah diperoleh dan didapati bahaw sebahagian daripada nebula-nebula mengandungi bintang individu. Bentuk lingkaran telah juga diperhatikan dan nebula ini dinamakan nebula lingkaran. Walau bagaimanapun masih tidak terdapat sebarang bukti nebula-nebula gas atau lingkaran ini terletak diluar Bima Sakti dan mereka terus dikelaskan sebagai nebula .

Perdebata dan pertengkaran berterusan sehingga tahun 1924.Pada tahun itu, pakar astronomi Edwin Hubble telah menjumpai beberapa bintang khas yang terletak di salah satu nebula . Daripada ciri-ciri bintang khas ini Hubble telah berjaya membuat kesimpulan bahawa bintang serta nebula tersebut berada jauh di luar kawasan Bima Sakti . Selepas itu banyak cara-cara lain telah digunakan untuk mengukur jarak galaksi dan kajian ini membawa kesedaran bahawa alam semesta jauh lebih luas daripada apa yang dibayangkan.


No comments:

Post a Comment